Monday, November 16, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM

Untuk semua murid Tkn 5 dan 6 Ats SMKTD

Selamat menghadapi periksaan SPM dan STPM.
Doa cikgu semoga anda berjaya dengan cemerlang.
Pesan cikgu: jangan stress
jangan tidur lewat sangat
jangan main hujan atau terkena hujan
jaga kesihatan
jaga makan, jangan makan daging ketika menghadapi peperiksaan kerana nanti
tenaga anda akan digunakan untuk menghadam makanan bukan untuk berfikir.
banyak makan sayur dan buah2an
kalau boleh ambil makanan tambahan
banyakkan istighfar, minta ampun dengan Allah
jangan tinggal solat. jangan melawan ibu bapa
jika ada permusuhan cepatlah bertegur sapa kembali
berdoalah pada Allah, minta dimudahkan semua urusan dunia dan akhirat
buat ulangkaji, gunakan nota ringkas anda
bertawakkal pada Allah kerana semua urusan datang dengan izin Allah dan akan
kembali kepadaNya

Sunday, October 11, 2009

Soalan Peperiksaan Percubaan Spm 2009

Dapatkan soalan Mathematics and Add Mathematic and scheme of work here.

Cikgu harap semua anak murid kesayangan ku mencuba semua soalan yang disediakan, semoga berjaya mendapat 1A.

Sunday, September 27, 2009

Al-Quran Reciting - nice voice from a little

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari raya Aidil fitri kepada semua warga SMK Telok Datok dan juga kepada semua rakan yang mengenali saya.Saya memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah saya lakukan.Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dari Allah SAW.

Kepada anak-anak didik ku, cikgu ucapkan selamat hari raya semoga kamu semua bergembira di hari tersebut dan bagi yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM atau STPM, buka-bukalah juga buku tu jika ada masa terluang. Cikgu doakan anda semua berjaya dalam mengejar cita-cita.

Begitu juga kepada anak-anak ku yang berada jauh diperantauan,Hawani, Hafis, Aisyah dan Imran serta anak-anak yang ada di Malaysia mama ucapkan selamat hari raya dan mama doakan kamu semua sucsess di dunia dan Akhirat.

Kepada semua bekas anak murid cikgu , selamat hari raya semoga anda semua mendapat rahmat Allah SAW.

Salam rindu buat kalian semua.

Monday, August 31, 2009

Aku Kerinduan

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini hanya satu yang aku ingat, aku sangat rindu pada Rasulullah SAW. Aku ingin sangat hendak menziarahi Baginda di Madinah Almukarramah.

Sudah lama aku tidak menziarahi tanah suci Makkah dan Madinah, aku selalu menangis seorang diri, tapi apa kan daya, belum ada kesempatan lagi.

yang aku boleh lakukan hanyalah berselawat kepada Baginda , itu pun hanya sedikit yang dapat aku lakukan. Terasa sangat diri ini dhaif dan hina disisi Allah dan rasulNya.

Ya Allah berilah aku kesempatan untuk menziarahi Baginda sebelum aku meninggalkan dunia yang fana ini dan kalau boleh aku ingin..... . Ya Allah makbulkanlah doa hambamu ini. Amin.

Monday, July 27, 2009

Pahala mentaati Ibu Bapa melebihi Jihat Fisabilillah

Berikut adalah beberapa petikan dari ruangan Tajdid Iman oleh Mufti Perlis bertarikh 28.7.09 ( Berita Harian )

1. Ramai tak sedar jarang bertanya khabar orang tua dikira menderhaka
2. menderhaka kepada kedua ibu bapa termasuk dosa besar yang kedua selepas menyekutukan Allah. (Al-Isra' ayat 23)
3. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar?. Kami sahabat menjawab:Ya, tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda : Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian palsu. baginda mengulangi berkali-kali sehingga kami berkata mudah mudahan baginda diam ( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari )
4. Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak ibu bapa walau pun hati mereka tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran orang tua
5. Mereka berselindung disebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca alquran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. tetapi mereka membuat hati ibu bapa mereka menangis , jiwa mereka terdera dan impian orang tua yg indah menjadi hancur berkecai. padahal keutamaan berkhidmat kepada kedua orang tua melebihi jihat fisabilillah.
6. mereka mengejar amalan sunat tetapi meninggalkan yg wajib. Berbuat baik kepada ibu bapa mereka anggapkan bukan ibadah cuma adat kehidupan manusia.
7. Sesungguhnya kasih sayang yg paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa.

Wednesday, July 15, 2009

salam untuk semua yang mengikuti blog saya

Assalamualaikum wmb. Maaf kerana lama tak menulis dalam blog ni. Sebenar tak ada idea sebab tengah sebok menguruskan satu perkara yang sangat berat dan perlukan kesabaran dan kekuatan iman. Saya sedang diuji oleh Allah.Doakan saya ye

Friday, June 12, 2009

visiting australia

Wednesday, June 10, 2009

Journey to Australia

bertolak jam 10.10 mlm dan sampai di Sydney airpot pada 8.00 pagi. Suhu 8 degree f . sangat sejuk. sampai di rumah along jam 10.00am di wollongong, seronoknya jumpa anak2 dan dapat jumpa Sufia, keciknya budaknya tapi keletah, ligat berjalan dan berlari macam kanggaroo, makan apa saja yang orang lain makan, tapi badan tak juga besar. Duk rumah aje sebab sebab sejuk sangat. salji di blue mountain.
Hari kedua: along dengan Mad pergi kampus, 5 minit dari rumah, Sufia tinggal ngan wan, atuk dan pak usu. sekarang ni pia kamcing ngan pak usu. jalan2 kat pesisir jalan raya, jauh juga la baru hilang sikit sejuknya. Petang ni nak gi pekan Wollongong, jalan2. bye
Hari Sabtu: Pergi melawat Zoo dan balik ikut pesisir pantai. Canteknya view kat sini, dengan langit yang biru, laut yang biru dan hutan yang hijau.
Hari Ahad: naik train ke Sydney, melawat Opera house and Sydney bridge kemudian naik bot ke Darling Bay. Ada muzium tapi tak gi tengok pun. Balik semula ke Fairy Meadow, semuanya dengan hanya 2.50 Aus.dollar seorang.
Hari Isnin: Saya masih di Australia, cuti lagi. Esok baru balik flight jam 1400 sampai Malaysia jam 2000 Insha Allah.

Thursday, June 4, 2009

Bubur Lambok

1 pot beras ( guna sukatan rice cooker)
1 cawan daging yg dipotong kecil2
santan dari setengah biji kelapa
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 inci halia
5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih
1 sudu udang kering
kulit kayu manis, 2 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang

caranya:
1. rebus beras dengan daging dan halia sehingga betul2 kembang.
2. tumbuk bawang, jintan dan ketumbar.
3. Tumis bawang dan rempah2, masukkan dalam periuk bubur tadi dan masak lagi
4. masukkan santan dan udang kering, garam.
5. masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
6. Biar gak pekat dan angkat.

Monday, June 1, 2009

journey to Australia

next journey Wollongong, Sydney inshaAllah

Thursday, May 21, 2009

Doa mohon mudahkan urusan - amalkanlah




Ya Allah mudahkan lah dan jangan Engkau susahkan dan sempurnakanlah dengan kebaikan.

Tuesday, May 5, 2009

Buat renungan, jangan kecewa.....

Bila Allah segera memakbulkan doamu , bererti Dia menyayangi mu....
Jika Dia lambat memakbulkan doa mu , Dia ingin menguji mu.......
Jika Dia tidak memakbulkan doamu, bererti Dia merancang yang lebih baik buat mu,
Akui lah bahawa Kasih Sayang Allah mengatasi kemurkaan Nya.

Tuesday, April 7, 2009

Rendang mama ( ayam atau daging)

1/2 ekor ayam atau 1 kg daging. Santan pekat RM2.00.( 10 ulas bawang merah,5 ulas bawang putih, halia, lengkuas, 10 biji cili api- blend), 1 senduk cili merah giling, gula, garam, 1 kpg asam keping,3 sudu kerisik,kunyit hidup (daun limau kasturi, daun kunyit - dihiris halus).
1. tumis bahan yg diblend sehingga naik bau, masukkan cili giling, goreng lagi + 1 sudu gula . biarkan atas api agak lama sambil dikacau supaya tidak hangus. Masukkan daging atau ayam, biarkan lagi atas api lebih kurang 5 minit, masukkan santan yang telah ditambah air dan garam serta asam keping. masak dengan api yang kuat- kalau daging masak sehingga daging itu empuk. kalau masih tak empuk, tambah air lagi. bila air sudah hampir kering, masukkan kerisik sambil sentiasa dikacau supaya tidak hangus. Tutup api dan masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau tadi. selamat menjamu selera.

Friday, April 3, 2009

nasi ayam mama yang sangat simple

ayam direbus bersama halia. ambil daging ayam yg dah di rebus masukkan kicap masin sikit dan kicap manis. perapkan 30 minit kemudian goreng. air rebusan ayam tadi dibuat masak nasi dan masukkan sedikit garam.
Untuk buat sup ayam,ambil sedikit isi ayam + air rebusan tadi + sup bunjut dan halia. tumiskan bawang putih dan bawang merah , masukkan dalam sup itu. bila nak makan taburkan daun bawang + daun sup.
untuk sambalnya, tumbuk cili kering + bawang putih + air rebusan ayam dan masak atas api sekejap.

silakan mencuba.

Wednesday, March 18, 2009

Bersama anak dan cucu di UK







6 days in UK

15.3.09- Bertolak ke UK flight 4.30 ptg mengambil masa 13 jam 20 minit dan arrived at stanted Airpot Unitd Kingdom at 10 pm waktu London. pegawai kastam tanya juga where to stay in Uk and for how long, tapi tak lah banyak tanya sangat macam orang lain mungkin sebab nak stay here on for 5 days and at my daughter's house. Bermalam di Travelodge hotel.
16.3.09- jalan-jalan di kota London naik train dan tube, pergi ke Malaysia Hall sebab wani ada perjumpaan dengan Dekannya ( dari UTM) makan kat malaysia Hall, mahalnya! sebab convert ngan RM,lepas tu naik train pergi jalan-jalan kat tepi sungai Thames sampai malam dan lepas tu balik ke rumah angah di Nottingham mengambil masa 2 jam setengah.
17.3.09- duduk kat rumah sebab angah dan hafis gi kampus sampai petang.Main dengan Aisyah dan Imra. Imran tengah demam , kesian dia asyik tidur aje. malam jalan-jalan kat kota Nottingham , tengok universiti of Nottingham tapi tak turun pun.
18.3.09- Keluar jalan-jalan kat bandar Nottingham, beli barang sikit-sikit, naik Tram ( macam kereta api tapi dalam bandar atas jalan raya ). kat sini semuanya mesra pengguna mementingkan orang-orang cacat dan orang2 tua, semua laluan ada kemudahan untuk mereka, ada kereta kecil agaknya guna letrik atau bateri untuk org2 tua( macam kereta mainan kanak2). Sekarang dah mula musim spring ( bunga ) cantiknya , banyaknya bunga. kalau kat Malaysia kita jumpa bunga plastik macam tu tapi kat sini bunga hidup. asyik ambil gambar bunga aje geram tengok bunga tapi tak boleh petik.Pergi melawat castel yang dah jadi muzeum. makan kat kedai pakistan, mewahnya makanan di sini, buahnya manis dan murah . 69P boleh dapat anggur dan buah plum 6 biji. Lepas tu balik rumah sebab Imran dah mengamuk nak tidur.
19.3.09- belum lagi esok sambung cerita, ingat nak gi Univ of Nottingham dan Uni of laughrough, nak mabil gambar aje kat situ. Tak dapat belajar kat situ , jadilah kalau dapat masuk dan ambil gambar. bersambung esok.

Thursday, March 5, 2009

Kekuasaan dan Keagungan Allh

Perputaran bumi:
Kita dapat hidup dimuka bumi kerana bumi ini berputar di sekeliling dirinya dalam tempoh 24 jam sekali putaran. Dengan perputaran bumi ini terjadinya siang bagi bahagian bumi yang menghadap matahari dan malam bagi bahagian bumi yang tidak menghadap matahari.

Apa akan jadi kalau bumi tidak berputar?

Kalau bumi tidak berputar tentu ada bahagian bumi yang terus menerus menghadap matahari saja. Keadaan ini akan megakibatkan udara dari detik ke detik, dari jam ke jam akan selalu bertambah panas dan semakin panas dan dalam tempoh 100 jam sahaja, udara akan mencapai 100 darjah celcius sehingga semua benda cair akan mendidih. Cuba bayangkan kalau semua sungai , tasek dan samudera mendidih?. Bayangkan apa akan terjadi 1000 jam kemudian dan seterusnya.

Besarnya bumi 40,000 km ( diameter) dan beratnya 6,000,000,000,000,000,000 ton. Siapakah selain Allah yang dapat memutar bumi sebesar itu?

Selain berputar pada dirinya, bumi berputar mengelilingi matahari dengan lingkaran yang amat besar dan luas. Jarak antara bumi dan matahari ialah 93,000,500 Mil. Perputaran ini lamanya 365 hari, 5 jam,45 minit dan 12 detik iaitu satu tahun. Dalam perputaran ini bumi kadang-kadang miring ke utara sehingga terjadi musin panas bagi negeri-negeri yang terletak di utara khatulistiwa. Begitulah terjadinya musim panas dan sejuk dan penggantian musim buah2an.

dan banyak lagi sehingga tak terhitung kekuasaan Allah maka seharusnyalah kita memperbanyak zikir dan syukur kepadaNya.

Thursday, February 26, 2009

Jangan guna AKUM dalam SMS

Friday, February 27, 2009

"AKUM................"

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum....

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani..

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

Sayangi anak2 dan bantulah mereka

Apabila selesai mendengar khutbah Jumaat hari ini melalui Tv, aku temenung memikirkan anak2 remaja kita sekarang yang hidup penuh cabaran yang adakalanya kita sebagai ibu bapa tak pernah terfikir perkara itu yang mereka lakukan. Aku rasa dizaman aku remaja cabarannya tidak seperti sekarang ini dengan peluang untuk terjebak kearah melakukan maksiat terlalu luas, mungkin juga kerana kita sebagai ibubapa terlalu sebuk diluar mencari rezeki atau kerana kita rasa anak kita telah besar dan pandai menjaga diri.
Disini aku ingin berkongsi apa yang aku dapat dari Dr Fathma AlZahra ( penceramah TV tu - orang Mesir) ketika aku mengerjakan umrah di Mekah pada bulan ramadhan 1402 selepas solat Asar. Selama 3 hari aku mengikuti kuliah beliau di tingkat atas masjidilharam. Amalkanlah agar dapat membantu anak2 kita, jangan biarkan mereka terus menderita dengan jiwa yang rosak, mereka sangat memerlukan bantuan ibu dan bapa.

Cara merawat ialah dengan ditiup pada air beri anak2 itu minum selama 7 hari. Insya Allah. Mulakan membaca Al fatihah kemuadian ayat yang disarankan dan diikuti dengan 3 Qul dan berdoalah.

1. untuk mendapat Nafsul Mutmainnah : Surah Al mukminun ayat 1 - 11

2. Melembutkan hati : Al Fatihah ( 7 kali) , Al-Hasyr ayat 21-24 ( 7 kali ) Toha ayat 1-6 ( 7 kali )dan doa " Ya Allah lembutkanlah hati .....( sebut namanya )... seperti engkau lembutkan besi pada Nabi Daud. Minum 7 kali selama 7 hari

3. Mengatasi masalah was-was - Surah Al- Nas 100 kali

4. Untuk merawat hesteria _ letak tangan kanan atas kepalanya bacakan ALFatihah, Al Baqarah ayat 1 - 5 , ayat kursi dan 3 Qul.

Selamat mencuba dan sebarkan kerana senjata orang mukmin ialah doa

Anak murid yang ku sayangi

setelah ku selidiki, aku dapati anak murid ku tingkatan 5 dan tingkatan 3 rupanya ramai yang cemerlang dalam PMR dan UPSR. tetapi kenapa result peperiksaan akhir tahun tidak secerah keputusan mereka. Maka aku pun berfikir anak-anak murid ku ini rupanya kurang motivasi, kurang daya juang, kurang usaha dan perlukan bimbingan dan pertolongan. Aku pun jumpa pengetua bincangkan hal ini. Kami perlu adakan satu progran khas buat mereka. dalam aku mencari motivator yang sesuai untuk mengendalikan program ini, datanglah seorang yang aku rasa dapt membantu, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun mengadakan program ini pada 26.2.2009, murid ku nampak ceria dan gembira tapi adakala aku takut dan jauh disudut hatiku aku bimbang keselamatan anak2 murid ku..... tapi rupanya anak murid ku lebih berani dari aku kerana bila habis program itu datanglah beberapa orang murid perempuan mendekati aku . katanya best lah cikgu mana cikgu dapat penceramah ini?cikgu panggillah dia lagi .barulah aku lega sikit. Aku berjanji akan teruskan perjuangan ku untuk menjadikan anak didik ku agar bermotivasi, biar semua masuk universiti dapat ilmu yang tinggi sampai PHD, menjadi orang yang berguna akhirnya nanti dan akan dikenang sampai mati .Aku berterima kasih kepada guru yang mengajar anak2 ku yang telah mendidik anak2 ku sampai mereka berjaya ketahap itu. inshaallah.

Wednesday, February 25, 2009

my fourth grandchild



Name Iman Khalis, born on 13.11.2008 at Putra Jaya Hospital. Sekarang ni dah tembam, kesian kat dia baru lahir emaknya dah tinggalkan dia sebab emaknya berkursus diploma pendidikan Lepasan Ijazah di UIA. Tinggallah Iman ngan opahnya. Thank you kak Maznah kerana sanggup jaga Iman. I love both of you, husband, sons, daughters, my granchildrens and menantu2

Tuesday, February 24, 2009

Renungan

Jangan di lepaskan apa yang kita miliki kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti kerana yang belum pasti itu belum tentu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Wednesday, February 18, 2009

DOA AMALAN DALAM AL-QURAN

1. Doa agar menjadi hamba yang taat -Al- Baqarah ayat 127 - 128
2. Doa ketika ditimpa musibah - Al- Baqarah ayat 156
3. Doa untuk kebaikan dunia dan akhirat - Al-Baqarah ayat 201
4. Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan - Al- Baqarah ayat 250
5. Doa unutk hindari pukau dan sihir - Al Baqarah ayat 255 (ayat kursi)
6. Memohon keampunan atas kekurangan diri - Al Baqarah ayat 286
7. Memohon hidayah dan tetap hati - Ali- Imran ayat 8
8. Doa mohon keampunan - Ali- Imran ayat 16
9. Doa agar dapat membayar hutang - Ali- Imran ayat 26-27
10. Doa untuk bayi yang baru lahir - Ali-Imran ayat 36
11. Doa ketika stress - Ali-Imran ayat 173
12. Doa mohon ampun dan rahmat Allah - Al-A'Raf ayat 23
13. Doa pembuka majlis - Al-A'Raf ayat 43
14. Memohon kesabaran dan mati dalam iman - Al-A'Raf ayat 126
15.Memohon dicukupkan keperluan - Al-Taubah ayat 129
16. Penutup doa - Yunus ayat 10
17. Doa menghindari sihir dan ilmu hitam - Yunus ayat 81-82, Al-A'Raf ayat 117-121, Toha ayat
69
18. Doa agar keluarga mendapat keampunan - Ibrahim ayat 40-41
19. Doa agar difasihkan lidah dan dilapangkan dada - Toha ayat 25-28
20. Doa agar beroleh kefahaman dan kuat ingatan - Al- Anbiya' ayat 79
21. Doa Nabi Daud ketika sakit - Al-Anbiya' ayat 83
22. Penawar pelbagai penyakit - Al-Mu'minun ayat 115-118
23. Doa agar selamat dari api neraka - Al- Furqan ayat 65-66
24. Agar menjadi hamba yang bersyukur - Al-Naml ayat 19
25. Doa agar dihilangkan perasaan sedih - Fatir ayat 34
26. Penawar bagi hati yg gemar membuat maksiat - Al-Mu'min ayat 3
27. Doa agar mensyukuri nikmat Allah _ Al-Ahqaf ayat 15
28. Terapi daripada gangguan jin - Al-Hasyr ayat 21-24
29. Doa apabila menderita sakit gigi - Al-Mulk ayat 23
30 Doa agar beroleh kelapangan hati - Al-Insyirah ayat 1-8
31.Penawar gangguan jin- An-Nas

Beramallah dengan doa-doa dari al-Quran.Mulakan dengan pujian kepada Allah dan selawat atas Rasulullah SAW dengan ikhlas dan khusyu' dan penuh harapan agar dimakbulkan.

Rujukan : 101 Doa para Nabi dan Rasul dalam Al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed.

Monday, February 16, 2009

Diet Rasulullah.....

Rasulullah s.a.w. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehar-hari. Diet baginda adalah yang terbaik.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
.......dan banyak lagi :

Hidup Cuma 3 Hari

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah

2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan

3.Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik

2. Nafas TurunHargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka

2. Kekal di dalam syurgaIngatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN . Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini1. Dia mungkin didenda2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wallahualam..

Thursday, January 22, 2009

MY FOURTH GRANDCHILD

Name Iman Khalis, boy, born on 13 nov 2008 at Putra jaya Hospiital . baik, diam, tidur je