Monday, July 26, 2010

Hukum Allah yang dikhianati

Apabila berlaku perceraian, hak penjagaan anak yang belum mumaiyis adalah kepada ibunya. Jika ibunya tidak layak ( tidak berkelakuan baik) maka hak itu jatuh kepada nenek sebelah ibu dan seterusnya jatuh kepada adik beradik perempuan sebelah ibu. ( Al Hidayah 23 Julai 2010 TV3). Begitulah penghormatan yang Allah beri kepada ibu supaya anak itu sentiasa dekat dengan ibunya, tetapi apa yang berlaku sekarang ini ialah bapa berusaha bersungguh2 untuk merampas hak itu dengan apa cara sekali pun dan dengan bangganya berkata dialah yang paling layak mendapat hak tersebut. Wahai kaum lelaki, hukum Allah adalah tetap, jika anda merampas hak itu, maka anda adalah seorang yang zalim dan ingatlah segala kezaliman akan dibalas dengan yang setimpal didunia dan di akhirat. Tunaikanlah tanggung jawab bapa kepada anak tersebut dengan memberi nafkah secukupnya walau pun dia dalam jagaan ibunya, sebab ibulah yang mengandungkannya, yang menyusukannya dan yang membelai anak tersebut dari dalam perut hinggalah dia di luar perut ibunya.
Allah memberikan penghormatan kepada ibu tiga tingkat di atas melebihi bapa. wahai anak jika anda memberi bapa anda RM100, maka ibu anda layak mendapat RM300. Begitu jugalah dalam hal2 yang lain, ibu mesti dilebihkan dan jangan lah pula para bapa berkecil hati kerana itu adalah hukum Allah. Wallahu'aklam.

0 comments: