1.Tiap-tiap yng bernyawa akan merasai mati,dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu(Ali Imran :185)
2. Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan .( Al-Anbiyak:35)
3.Nabi SAW Bersabda " Mati mengejut itu adalah kerehatan bagi orang beriman dan kedukaan bagi orang jahat ( yakni kafir atau fasik)"
- Riwayat Imam Ahmad dan Al-Baihaqi dari Aisyah r.a.
4. Aisyah r.a menceritakan bahawa ia bertanya kepada Rasulullah saw berkenaan ayat 60 surah Al mukminun yang bermaksud" Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka"
"Ya Rasulullah! Adakah ia orang yang berzina,mencuri dan minum arak sedangkan dirinya takutkan Allah?;Tidak wahai anak Abu Bakar. akan tetapi yang dimaksudkan ialah seorang lelaki yang menunaikan solat, berpuasa dan bersedekah, namun ia takut Allah tidak menerima amalan darinya. Riwayat Imam Ibnu Majah dan Ahmad)
Petikan dari buku 50 Kewajipan Seorang Muslim oleh syekh Al-Imama Muhamad bin Abi Bakr bin Ali.
Cara-cara baby pakai tudung
-
Melati dan Mawar menunjukkan cara baby memakai tudung 😅
7 years ago
0 comments:
Post a Comment