Salam semua rakan blog ku.Lamanya aku tak buka blog ni. bukan tak ada idea tapi asyik buka facebook je.
Saturday, January 22, 2011
Monday, September 6, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H
Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan bathin kepada semua kenalan, rakan dan taulan sanak saudara serta keluarga.
Posted by maryam at 6:25 PM 0 comments
Monday, July 26, 2010
Hukum Allah yang dikhianati
Apabila berlaku perceraian, hak penjagaan anak yang belum mumaiyis adalah kepada ibunya. Jika ibunya tidak layak ( tidak berkelakuan baik) maka hak itu jatuh kepada nenek sebelah ibu dan seterusnya jatuh kepada adik beradik perempuan sebelah ibu. ( Al Hidayah 23 Julai 2010 TV3). Begitulah penghormatan yang Allah beri kepada ibu supaya anak itu sentiasa dekat dengan ibunya, tetapi apa yang berlaku sekarang ini ialah bapa berusaha bersungguh2 untuk merampas hak itu dengan apa cara sekali pun dan dengan bangganya berkata dialah yang paling layak mendapat hak tersebut. Wahai kaum lelaki, hukum Allah adalah tetap, jika anda merampas hak itu, maka anda adalah seorang yang zalim dan ingatlah segala kezaliman akan dibalas dengan yang setimpal didunia dan di akhirat. Tunaikanlah tanggung jawab bapa kepada anak tersebut dengan memberi nafkah secukupnya walau pun dia dalam jagaan ibunya, sebab ibulah yang mengandungkannya, yang menyusukannya dan yang membelai anak tersebut dari dalam perut hinggalah dia di luar perut ibunya.
Allah memberikan penghormatan kepada ibu tiga tingkat di atas melebihi bapa. wahai anak jika anda memberi bapa anda RM100, maka ibu anda layak mendapat RM300. Begitu jugalah dalam hal2 yang lain, ibu mesti dilebihkan dan jangan lah pula para bapa berkecil hati kerana itu adalah hukum Allah. Wallahu'aklam.
Posted by maryam at 8:54 AM 0 comments
Wednesday, June 9, 2010
Hanya Untuk Mencari Keredhaan Allah.
Tiga bulan yang lalu saya telah membaca majalah solusi yang dipinjam dari seorang rakan dimana sebelum ini saya tidak pernah mendengar pun ujudnya majalah seperti ini iaitu majalah solusi. Apabila saya baca, saya tergamam kerana ada sebuah majalah yang sangat saya perlukan untuk membimbing hati saya menerima Qada' dan qadar Allah seikhlasnya. Saya membaca majalah tersebut dari kulit hadapan sehinggalah ke kulit belakang. Sungguh menakjubkan dan sangat memberi kesan ke hati saya. walaupun sebelum ini saya sangat suka membaca buku-buku agama dan hal2 yang berkaitan dengan motivasi, tetapi kesannya tidak seperti apa yang saya perolehi dengan membaca majalah solusi. Marilah kita sama-sama merasai nikmat menimba ilmu dan menyebarkannya dengan majalah solusi. Sila
click http://www.stormreaders.net/MariamBadar
Posted by maryam at 7:03 PM 0 comments
Saturday, June 5, 2010
SUTERA CANTIK, ELEGENT DAN HARGA BERPATUTAN
click disini http://www.suterasongket.com/?ref=mhb
Posted by maryam at 2:29 AM 0 comments
Wednesday, June 2, 2010
Badan Pemuafakatan Pen.Kanan Daerah Kuala Langat
Assalamualaikum rakan Penolong kanan. Ada dikalangan kita yang mencadangkan kepada saya supaya kita membuat uniform batik utk majlis yang kita hadiri bersama.Ini adalah gambar baju batiktersebut(maaf kerana ini pilihan saya dan Puan Asnah). Diminta semua rakan pen. kanan memberi respon sama ada setuju kita tempah baju ini atau tidak. Perempuan RM240( 4 meter) lelaki RM150 (2.5 meter). Sesiapa yang nak lebih meternya sila beri tahu saya 0122126577 ( Puan Mariam pen. kanan SMKTD) atau diruangan comment dibawah. Terima kasih
Posted by maryam at 12:04 AM 1 comments
Friday, May 28, 2010
Lunturkan Ketakutan
Semangkin tinggi kita memanjat, semakin kencang angin bertiup menggoyangkan pokok tersebut dan semakin kuat bergoyangnya pokok itu semakin takut kita untuk memanjat lebih tinggi tetapi kita harus terus memanjat kerana kita mempunyai matlamat untuk memetik buah. Jangan takut kepada perkara silam yang telah berlalu, dan jangan takut pada masa depan yang belum berlaku. Tawakkal kepada Allah.
Ketakutan untuk gagal mendorong kita mencari kejayaan, ketakutan menjadi miskin mendorong kita berusaha menambah penadapatan, ketakutan kepada kematian menjadikan kita berhati2 dalam kehidupan dan bersedia menghadapinya dengan amalan.
Posted by maryam at 5:19 AM 0 comments