Thursday, November 20, 2008

MERAWAT HATI YANG LUKA

Apabila hati terluka, seluruh badan akan merana dan perlu dirawat dengan segera, jika tidak masalah baru akan datang menjelma.

merawat hati yang luka :

1. Untuk mengelakkan daripada datang bisikan syaitan Baca Al Fatihah ( 1 kali ) Al-Baqarah ayat 1 - 5 ( 1 kali) ,Ayat Qursi (7 Kali ) , Al-Baqarah ayat 284-286 ( 1 kali ) Al-Ikhlas, Al-Falaq, An- Nass ( 1kali ) setiap kali selepas sembahyang Fardhu atau bila rasa tidak tenteram.

2. Baca Al - fatihah diikuti dengan surah Al-A'Raf ayat 196-199 ,diikuti dengan ayat 200 sebanyak 7 kali kemudian tarik nafas hingga memenuhi dada dan hembuskan lakukan 3 kali, kemudian sambung ayat 201- 206.Mohon dengan Allah supaya dijauhi oleh gangguan syaitan yang bermaharajalela di hati ketika kita rasa kecewa.

3. Banyakkan membaca doa Rabbana Atina Fid dun ya hasanah wafil akhirati hasanah waqina 'azabannar.

4. Sebelum tidur baca A'uzubillhiminasy syaithonirrajim ( 21 kali ). Insya Allah lama-lama hati akan tenteram.

Sunday, September 14, 2008

PIZZA

BahanA ( roti pizza)
500 gm tepung berprotin tinggi
1 bungkus ibu roti kering
sedikit garam
air dan sebiji telor
Bahan B:
5 keping daging burger
5 slice cheese
tomato puree
cili benggala ( kalau suka )
cili sos
cendawan butang ( dipotong nipis)

cara membuat roti pizza;
1. ibu roti + setengah cawan air suam + sesudu gula, kacau dan biarkan sehingga naik dan berbueh. 2. Teping diayak + garam dantelor dibancuh dengan ibu roti tadi dan dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehinnga menjadi doh. Uli doh tersebut sehingga lembut ( 5 minit) , letak dalam mangkuk dan tutup dengan kain/tuala lembap sehingga roti naik sekali ganda. Uli semula dan biarkan naik sekali lagi. doh roti tersebut di leperkan dan letak dalam loyang pembakar yg telah disapu minyak/ majrin.

3. Letakkan cheese ,daging burger( Yang telah dicarek2kan ) cendawan butang dan cili benggala ( dihiris halus) berselang seli di atas roti. tuang secukupnya tomato puree dan cili sos kmd bakar sehingga bhgian bawah roti kelihatan kuning.
selamat mencuba.

Thursday, September 4, 2008

TAALIM

layarilah laman web http://e-taalim.jais.net untuk mendengar bacaan alquran dan mempelajari ilmu-ilmu agama. Swemoga mendapat keberkatan Allah

Tuesday, August 5, 2008

Anis Zahirah (Sufiah) my second grandaughter

Assalamualaikim wm .

malam tadi 4.8.08 jam 10 mlm Anis Zahirah atau nama panggilannya Sufiah berangkat ke australia mengikut ibu bapanya menyambung pelajaran PHD di Uni Of Wolongong Australia selama 3 tahun. Sedih rasanya semua cucu dah tak ada kat malaysia. hari ni betul2 sedih, ni pun rasa nak nangis lagi. sufiah tak pandai cakap lagi cuma panadai cium dan buat muka sedih, merangkak macan cencurut, pandai panjat tangga. Dua hari dia demam sebelum berangkat, risaunya saya fikir cam na dlm flight , kalau demam cam ne, dlm flight aircond pulak tu, 8 jam baru sampai.alhamdulillah sufiah dah kebah dari demamnya.wan sayang piah. aisyah pun selalu sebut yah ( sufiah) mungkin aisyah pun rindu kat piah. Aisyah pun dah tak call wan lagi....

Thursday, July 31, 2008

Kelas Al-Quran Talaqqi musyafahah dan tajwid

kelas diajalankan pada setiap minggu pada hari

isnin : 3.15 petang di balai raya jalan jelawat taman sri putra
selasa dan khamis : 8.15malam di rumah no 28 jln jelawat 3 tmn sri putra

tenaga pengajar : pn Hjh Mariam bt Haji Badar
kelayakan : Diploma pengajian Al Quran dan Tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor
Hp: 0122126577

sesiapa yang berminat dijemput hadir .

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim

Huraian
Pengajaran Hadis:

i)Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Tuesday, July 29, 2008

my grandchildren

Assalamualaikum and salam sejahtera... i am glad to share my stuff with you....thank you for comments and ideas.....actually.. aishah is my first grand daughter..2 yrs old.. n is now in UK.... with her parents n her brother.. Imran.. 7 months..their flight was last nite.. 1130pm... at first aishah did not cry because she expected her grandma will accompany her too to UK... but when she was in the lift n saw me not following.... she started to cry loudly calling me ... 'nak wannnn'.. nak wannn....'... until she entered the immigration... still crying n ran out with her milk bottle... n call .. 'wan'... 'wan'.. Imran knows nothing about this.. he keeps smiling all the way.. wonder if he'll be like aisyah if he is much older?

at first.. i try to keep the tears away.... but it flows out... uncontrollable... ( untill now.. huhu.. )

when they reached Hethrow Airport.. her mother called.. aisyah was still crying out for me..but when they reached home.. at Nottingham.. her father called.. n told aisyah that grandma is on the phone.. but she refused to talk to me... mayb she merajuk or she was happy with her new toys..I dont know whether after 3 yrs they would still remember their grandma...

next week.. my second grand daughter Sufiah will be leaving to Australia for 3 years.. i dont know what will happen next week... will tell u about it later...on. tuesday : 29.7.08Her father called me, hope aisyah wants to speak to her grandma , but she refused. still 'merajuk'. i felt frustrated, but is ok i love them very much.
on wednesday:30.7.08her father called me again, aisyah was on the line, wants to hear my voice . today aisyah 'meragam,so i talked to her that i love her, asked her dah makan ke belum . after a few second i heard her voice asking for " yah, yah ane .." yah is her cousion name sufiah. Her mother said she alway said 'yah'when she saw a baby. actually i so rindu to her.