Semangkin tinggi kita memanjat, semakin kencang angin bertiup menggoyangkan pokok tersebut dan semakin kuat bergoyangnya pokok itu semakin takut kita untuk memanjat lebih tinggi tetapi kita harus terus memanjat kerana kita mempunyai matlamat untuk memetik buah. Jangan takut kepada perkara silam yang telah berlalu, dan jangan takut pada masa depan yang belum berlaku. Tawakkal kepada Allah.
Ketakutan untuk gagal mendorong kita mencari kejayaan, ketakutan menjadi miskin mendorong kita berusaha menambah penadapatan, ketakutan kepada kematian menjadikan kita berhati2 dalam kehidupan dan bersedia menghadapinya dengan amalan.
Friday, May 28, 2010
Lunturkan Ketakutan
Posted by maryam at 5:19 AM 0 comments
Thursday, May 6, 2010
Semalam, Esok dan Hari ini.
1.Masa yang lalu telah menjadi memori, masa depan masih ilusi . Hidup hari ini yang hakiki. Itulah realiti.
2. Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir.Selamatkanlah Hari Ini yang sedang hidup.
3. Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak berhenti. Jangan cuba mengambil tugas Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah Dia yang tidak berubah-ubah.
4. Seorang manusia bagaimana kuat sekalipun tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbingan masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini.
"LIFE MADE IT SIMPLE"
petikan dari Solusi 2008
Posted by maryam at 8:50 PM 0 comments
TIP MENOLAK PERMUSUHAN
1. maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah
2. Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas
3. Kenangkan detik2 manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan musuh kita itu
4. Muhasabah hubungan kita dengan Allah, Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu
5. Sedarlah kita hanya hamba Allah yang layak disakiti dan disalah tafsirkan. hamba Allah yang serba kekurangan dan kelemahan.
dipetik dari: Solusi 2008
Posted by maryam at 8:43 PM 0 comments