kelas diajalankan pada setiap minggu pada hari
isnin : 3.15 petang di balai raya jalan jelawat taman sri putra
selasa dan khamis : 8.15malam di rumah no 28 jln jelawat 3 tmn sri putra
tenaga pengajar : pn Hjh Mariam bt Haji Badar
kelayakan : Diploma pengajian Al Quran dan Tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor
Hp: 0122126577
sesiapa yang berminat dijemput hadir .
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim
Huraian
Pengajaran Hadis:
i)Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.
Cara-cara baby pakai tudung
-
Melati dan Mawar menunjukkan cara baby memakai tudung 😅
7 years ago
0 comments:
Post a Comment