Tuesday, April 7, 2009

Rendang mama ( ayam atau daging)

1/2 ekor ayam atau 1 kg daging. Santan pekat RM2.00.( 10 ulas bawang merah,5 ulas bawang putih, halia, lengkuas, 10 biji cili api- blend), 1 senduk cili merah giling, gula, garam, 1 kpg asam keping,3 sudu kerisik,kunyit hidup (daun limau kasturi, daun kunyit - dihiris halus).
1. tumis bahan yg diblend sehingga naik bau, masukkan cili giling, goreng lagi + 1 sudu gula . biarkan atas api agak lama sambil dikacau supaya tidak hangus. Masukkan daging atau ayam, biarkan lagi atas api lebih kurang 5 minit, masukkan santan yang telah ditambah air dan garam serta asam keping. masak dengan api yang kuat- kalau daging masak sehingga daging itu empuk. kalau masih tak empuk, tambah air lagi. bila air sudah hampir kering, masukkan kerisik sambil sentiasa dikacau supaya tidak hangus. Tutup api dan masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau tadi. selamat menjamu selera.

2 comments:

pearl said...

mama.. semalam angah dah buat nasi impit, kuah kacang and rendang.. sbb nak merasmikan daun kunyit yang mama bawak tuh.. barulah ada rasa rendang .. Apit kate mcm raya pulak.. Raya in Spring :)

maryam said...

mintak sikit