Monday, July 27, 2009

Pahala mentaati Ibu Bapa melebihi Jihat Fisabilillah

Berikut adalah beberapa petikan dari ruangan Tajdid Iman oleh Mufti Perlis bertarikh 28.7.09 ( Berita Harian )

1. Ramai tak sedar jarang bertanya khabar orang tua dikira menderhaka
2. menderhaka kepada kedua ibu bapa termasuk dosa besar yang kedua selepas menyekutukan Allah. (Al-Isra' ayat 23)
3. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar?. Kami sahabat menjawab:Ya, tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda : Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian palsu. baginda mengulangi berkali-kali sehingga kami berkata mudah mudahan baginda diam ( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari )
4. Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak ibu bapa walau pun hati mereka tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran orang tua
5. Mereka berselindung disebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca alquran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. tetapi mereka membuat hati ibu bapa mereka menangis , jiwa mereka terdera dan impian orang tua yg indah menjadi hancur berkecai. padahal keutamaan berkhidmat kepada kedua orang tua melebihi jihat fisabilillah.
6. mereka mengejar amalan sunat tetapi meninggalkan yg wajib. Berbuat baik kepada ibu bapa mereka anggapkan bukan ibadah cuma adat kehidupan manusia.
7. Sesungguhnya kasih sayang yg paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Untuk renungan Kita bersama..

Dosa Ibubapa mendahului kesalahan anak-anak kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika kita sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus.

Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang Kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa Kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain.
Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.

Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih sayang diberi.

Seandainya kita memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret kita ke suasana yang menjadikan ianya tersepit. Kita ada tanggungjawab kepada isteri/suami dan anak-anak.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh , kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika dilebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi Jika mereka ditinggalkan dari tarbiah tan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Sabda Nabi Muhamad SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu Boleh terjadi?

Kesimpulannya, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja yang tidak menguruskan masa dengan bijak.

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.

"What you give, you get back!"

maryam said...

Setiap manusia adalah anak kepada ibu atau bapanya. Jagalah diri kita dari api neraka kerana kunci kesyurga itu ada di tangan mereka. dalam hal ibu atau bapa kita mengabaikan tangyungjawab mereka, itu antara mereka dengan Allah. Jangan nanti kerana dendamkan sikap ibu bapa, kita sebagai anak tak dapat berpatah balik setelah mereka meninggal dunia.Jangan cari sebarang alasan untuk melaksanakan hukum dan perintah Allah supaya metaati kedua ibu bapa.Ayat Alquran dan hadith Rasulullah sangat jelas tentang kewajipan itu.

pikachu said...

yang pastinya kalau anak durhaka tuh, sbb salah mak bapak jugak

ibu bapa yang tak mithali..takkan dapat anak mithali...

ibu bapa yang tak mithali memang deserve utk dapat anak yang tak soleh and solehah..

maryam said...

maaf kepada pikachu. saya pelik pada anda yang memberi commant.Anda baca apa yang saya tulis tu dengan cermat, dalam tulisan saya saya mengambil petikan dari tulisan mufti perlis Dr mohd Asri dan beliau menuliskan tentant ayat Quran dan Hadith,adakah anda marah dengan ayat Quran dan Hadtih. Saya tak suruh pun anda jadi anak yang baik kalau anda tak mau, tapi ingat redha Allah dengan adanya redha dua ibubapa. Kalau anda tak mahu masuk syurga terserah pada anda, knapa mesti marah2`kat blog saya. Kalau anda rasa hebat sangat nak menentang hukum Allah , terserah pada anda. saya menulis di blok ini untuk tatapan orang2 yang mahu menimba ilmu sahaja, bukan untuk melayan orang2yang angkuh dan menentang hukum Allah. Insaflah , banyakkan istighfar semuga anda mendapat hidayah dan petunjuk dari allah, jangan jadikan hati anda hitam dengan kemarahan. entah bila kita akan mati dan entah bila pula ibu bapa kita akan mati.

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Betul jugak cakap pikachu tu..dia cuma memberi pandangan bukan bermakna dia tidak berbakti kpd ibu bapanya... ibu bapa juga harus bermuhasabah ...realitinya anak-anak adalah cerminan ibu bapa ..sebab itu ada pepatah melayu mengatakan anak borek bapak rintik..reaksi Puan terhadap pandangan pikachu agak emosi..pada saya dengan kata2 pikachu sebegitu tidaklah adil dilabel dia sebagai hitam hatinya,angkuh,menentang hukum Allah SWT dan sebagainya
..Puan harus bersabar.Apapun artikel tentang menhormati ibu bapa tu memang patut di beri perhatian kepada kita semua yang kadang-kadang alpa.Berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi mereka ada hayat terutamanya ibu kita.Serang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu, fikirlah sendiri..

daezz said...

hm..nmpknya isu taat ibu bapa ni dpt smbutn hgt kat blog ni..tapi apa pon suma b'gntg pd diri sorang anak 2 sndiri sama ada nak jd soleh/solehah atau x..ibu bapa main peranan yg sgt pntg bg p'ddkn dunia akhirt kat anak2 dgn sempurna..lps 2,peranan anak2 sndr utk gunakn ilmu atau sebaliknya..sebab ilmu tanpa amal x de gunanya..lg2 skang ni byk cbrn yg prlu dihdpi anak2 justeru..kekuatn jati diri dn akidah sgt pntg utk pastikn dirinya slmt dunia akhrt..tp yg penting skali jgn hrpkn peranan sblh pihak je..